Second meeting_presentation 1

Sunday, July 4, 2010
Pembentangan kumpulan pertama lebih menjurus kepada perkembangan kognitif kanak-kanak berdasarkan kepada teori-teori utama perkembangan kanak-kanak seperti Piaget, Vygostky, Dienes dan sebagainya. Pembentangan yang diberikan memberikan penjelasan yang lebih bermakna bahawa amat penting mengetahui prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak yang berada di bawah setiap teori. Bukan sahaja guru mengetahui secara ilmiah teori tersebut, malahan guru sepatutnya mengaplikasikan teori tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain pengetahuan tentang teori, penting juga bagi seseorang guru untuk mengetahui pendekatan-pendekatan atau strategi mengajar yang baik dan berkesan bagi meningkatkan keupayaan murid dari aspek kognitif, afektif dan sosial. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sebaik-baiknya adalah yang berkait rapat dengan pengalaman sedia ada serta pengalaman harian murid, supaya melalui pengetahuan sedia ada tersebutlah, pengetahuan baru yang didedah akan dibina dan kekal di dalam minda kanak-kanak. Menurut Bobis, Mulligan dan Lowrie (2004), menyatakan bahawa adalah lebih mudah bagi seseorang guru untuk memahami kanak-kanak apabila; i) apa yang kita tahu tentang bagaimana kanak-kanak belajar matematik; ii) apa yang kita tahu tentang pengetahuan dan pemahaman sedia ada kanak-kanak; iii) apa yang kita tahu tentang perkara yang kanak-kanak perlu tahu; iv) bagaimana kita mencabar kanak-kanak supaya melonjak ke tahap pengetahuan seterusnya


0 comments:

Post a Comment