Minggu hadapan, bermula 26 sehingga 28 Oktober, murid-murid saya akan menduduki PKSR 2. So minggu ini dan minggu sebelum ini kiranya saya buat study week dengan mereka. Saya scan contoh contoh soalan mengikut topik, dengan memberi tumpuan kepada soalan soalan berayat, yang mana bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang corak soalan serta cara penyelesaian. Sekurang-kurangnya dapat membuka minda murid berkenaan teknik menjawab soalan. Saya juga memfokuskan kepada soalan-soalan kertas satu, kerana sebelum ini soalan-soalan kertas satu jarang diberi perhatian. Untuk kelas 5C, alhamdulillah dah habis ulangkaji sampai tajuk pecahan. Insyaalah, dengan baki masa yang ada saya nak fokuskan kepada kertas 2. Kelas 5D, baru habis contoh soalan tajuk panjang. Tak mengapalah, dengan baki masa yang tinggal ini, saya cuba juga memberikan pendedahan kepada murid dengan tajuk wang. Apa yang menyeronokkan saya adalah tumpuan yang telah diberikan oleh murid-murid saya ketika sesi ulangkaji di jalankan. walaupun tidak 100%, tetapi respon yang diberi oleh sebahagian murid amat menggalakkan, terutama murid kelas 5D. Mereka begitu bersungguh sungguh memberikan pandangan dan idea tentang cara menyelesaikan masalah yang diberikan. Dan satu yang membuatkan saya berasa seronok adalah keyakinan saya, sebagai seorang guru memimpin murid untuk berkomunikasi. sebelum ini kebanyakan masa hanya saya yang bergerak ke sana kemari, terjerit-jerit, namun setelah menamatkan sem 2 Matematik Sekolah Rendah, saya dapati kemahiran saya menngawal kelas lebih baik. Sesi pembelajaran dan pengajaran juga diselitkan dengan penggunaan model yang ada di depan mata untuk membantu murid memvisualisasikan situasi. Sudah tentu, kaedah melukis gambarajah untuk menyelesaikan masalah juga diaplikasikan supaya membantu murid memahami soalan dengan lebih jelas. Harapan saya agar murid-murid memberikan yan terbaik untuk PKSR akan datang, dan saya mesti memberikan mereka lebih pegalaman penyelesaian masalah sebagai persediaan untuk UPSR akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Poll
Total Pageviews
Categories
- Articles (LO1) (1)
Popular Posts
-
Berikut dipaparkan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan aplikasi konsep isipadu. Situasi yang diberi adalah keratan soalan UPSR 2010, ...
-
Refleksi Kelas: 5D Topik: Peratus. Perbincangan hari ini melihat hubungan di antara pemahaman murid terhadap konsep peratus dengan pengetahu...
-
Lanjutan daripada situasi yang diberi daripada keratan soalan UPSR 2010, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya. Id...
-
Gambar di atas menunjukkan penerokaan murid tahun 5 tentang tangram. Dapatan awal saya mendapati tiada murid yang pernah di dedahkan d...
-
Pembentangan kumpulan pertama lebih menjurus kepada perkembangan kognitif kanak-kanak berdasarkan kepada teori-teori utama perkembangan kana...
-
Fundamentals of geometric thinking Geometri secara umumnya adalah berkenaan bentuk, 2 dimensi dan 3 dimensi. Namun pengertian lebh mendal...
-
Minggu hadapan, bermula 26 sehingga 28 Oktober, murid-murid saya akan menduduki PKSR 2. So minggu ini dan minggu sebelum ini kiranya saya b...
-
Video ini memaparkan rakaman yang dibuat ke atas murid tahun lima berhubung penyelesaian masalah yang melibatkan purata.
-
Video meneroka konsep purata menggunakan bahan manipulatif... terima kasih kepada Fadzli kerana membenarkan saya memuatnaiknya ke dalam blog...
Blog Archive
Followers
About Me
- mohd fathil bahari
- I'am a full time Mathematics teacher in a rural primary school and part time student pursuing Master of Education (Primary Mathematics). My mission in mathematics educaton is to give my pupils full oportunity for them to learn what mathematics are all about, above and beyond of what has been portrayed as numbers, figures and formulaes. I want to dedicate myself to create a very fun and enjoyable mathematics learning together giving them full support to discover my pupils' talents and intelligence in mathematics, purposely and in their daily life, generally.
Labels
- Articles (LO1) (1)
Labels
- Articles (LO1) (1)
0 comments:
Post a Comment