Refleksi_5D Peratus

Wednesday, October 20, 2010
Refleksi
Kelas: 5D
Topik: Peratus.
Perbincangan hari ini melihat hubungan di antara pemahaman murid terhadap konsep peratus dengan pengetahuan mereka untuk menukar peratus kepada bentuk pecahan dan juga perpuluhan. Apa yang saya dapati hanya sebahagian kecil ...... bukan sebahagian kecil, tetapi sangat kecil, sahaja murid dapat melihat peratus dalam bentuk pecahan dan begitulah sebaliknya.






6 orang murid telah dipanggil untuk mempersembahkan penyelesaian mereka. Apa yang menarik tentang penyelesaian mereka adalah berkenaan cara 3 murid menyelesaikan masalah di atas. Aidil mengambil langkah cuba jaya dengan nombor 7. Dia mendarabkan 7 dengan 1000 kemudian membahagi dengan 25. 2 murid lain turut menggunakan cara yang sama. Persoalannya, mengapa darab 1000? Dan kenapa bahagi 25?  Apabila ditanya mengapa dia darabkan 7 dengan 1000,  ia hanya berbentuk cubaan. 7 juga dipiih atas dasar cuba jaya. Bahagi 25 adalah kerana 25 berada di bawah, maka ia berbentuk bahagi. Jadi murid melihat sebagai 7 darab 1000 bahagi 25. Dua murid perempuan tidak dapat memberikan justifikasi mengapa mereka darab dengan 1000. Saya membuat andaian bahawa 1000 tersebut timbul hasil dari ulangkaji sebelum ini yang melibatkan penukaran unit jisim, panjang dan isipadu cecair yang melibatkan darab 1000. Tetapi andaian yang saya buat tidak seperti yang difikirkan oleh Aidil. Saya ada menegaskan sebelum ini, jika hendak menyelesaikan satu nombor yang tidak dketahui, murid boleh menggunakan kaedah cuba jaya. Hasil daripada  proses bahagi tersebut, Aidil mendapat nilai 280, lantas membuat kesimpulan bahawa jawapan yang sesuai adalah 7. Irsyad pula mengambil nilai 7 dan di darab dengan dengan 4. Apabila ditanya mengapa dia mengggunakan nilai 4 menurutnya, 7 darab 4 menghasilkan 28, dan oleh kerana soalan ini melibatkan pecahan, maka nilai 25 juga akan didarab dengan 4, menghasilkan 100.  Apabila di tanya apa kaitan 25 dengan 100, dia menjelaskan bahawa 28% adalah sama nilai dengan 28 per 100, iaitu nilai peratus dalam bentuk pecahan. Kemudian saya lanjutkan dengan persoalan, apa yang kamu semua faham tentang peratus. Seorang murid menjawab peratus adalah diskaun, iaitu pengurangan terhadap harga. Saya mengiyakan jawapan itu kerana ia betul. Namun kesimpulan yang saya buat adalah murid tidak nampak hubungan di antara peratus dengan pecahan. Saya jelaskan bahawa peratus adalah sesuatu nilai per seratus. Contoh 28% adalah sama dengan 28/100. Oleh itu murid mesti melihat peratus sebagai satu nilai pecahan, supaya dapat melihat dengan lebih jelas hubungan antara ? per 25 dengan 28 per 100. Kemudian lihat pada nilai yang tidak diketahui dan cuba padankan supaya menjadi 28. Ini mungkin berkesan bagi murid yang menghafal sifir 7. Bagi yang tidak menghafal sifir 7, murid masih boleh membuat pendaraban berulang 25, dan akan menghasilkan 100 apabila di darab 4. Kemudian padankan 4 dengan 7, akan menghasilkan 28. Secara kebetulan pula pilihan jawapan A menghasilkan 28.
Cadangan-buat banyak diagram antara pecahan dengan peratus dan letak di kelas.   

Gerak gempur

Monday, October 18, 2010
Minggu hadapan, bermula 26 sehingga 28  Oktober, murid-murid saya akan menduduki PKSR 2. So minggu ini dan minggu sebelum ini kiranya saya buat study week dengan mereka. Saya scan contoh contoh soalan mengikut topik, dengan memberi tumpuan kepada soalan soalan berayat, yang mana bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang corak soalan serta cara penyelesaian. Sekurang-kurangnya dapat membuka minda murid berkenaan teknik menjawab soalan. Saya juga memfokuskan kepada soalan-soalan kertas satu, kerana sebelum ini soalan-soalan kertas satu jarang diberi perhatian. Untuk kelas 5C, alhamdulillah dah habis ulangkaji sampai tajuk pecahan. Insyaalah, dengan baki masa yang ada saya nak fokuskan kepada kertas 2. Kelas 5D, baru habis contoh soalan tajuk panjang. Tak mengapalah, dengan baki masa yang tinggal ini, saya cuba juga memberikan pendedahan kepada murid dengan tajuk wang. Apa yang menyeronokkan saya adalah tumpuan yang telah diberikan oleh murid-murid saya ketika sesi ulangkaji di jalankan. walaupun tidak 100%, tetapi respon yang diberi oleh sebahagian murid amat menggalakkan, terutama murid kelas 5D. Mereka begitu bersungguh sungguh memberikan pandangan dan idea tentang cara menyelesaikan masalah yang diberikan. Dan satu yang membuatkan saya berasa seronok adalah keyakinan saya, sebagai seorang guru memimpin murid untuk berkomunikasi. sebelum ini kebanyakan masa hanya saya yang bergerak ke sana kemari, terjerit-jerit, namun setelah menamatkan sem 2 Matematik Sekolah Rendah, saya dapati kemahiran saya menngawal kelas lebih baik. Sesi pembelajaran dan pengajaran juga diselitkan dengan penggunaan model yang ada di depan mata untuk membantu murid memvisualisasikan situasi. Sudah tentu, kaedah melukis gambarajah untuk menyelesaikan masalah juga diaplikasikan supaya membantu murid memahami soalan dengan lebih jelas. Harapan saya agar murid-murid memberikan yan terbaik untuk PKSR akan datang, dan saya mesti memberikan mereka lebih pegalaman penyelesaian masalah sebagai persediaan untuk UPSR akan datang.








laporan Projek TMP 6133_Mohd Fathil Bin Bahari

Tuesday, October 12, 2010
https://docs.google.com/fileview?id=0B96BaPIOHfBTYTBmMWI4NDQtZjJhMy00ZGQ3LTk4MDUtMmViMDY1MDBkZTNj&hl=en

Meneroka konsep purata_Kelas 5 Dedikasi

Tuesday, October 5, 2010
Setelah bereksplorasi dengan murid konsep isipadu bagi bentuk 3 Dimensi, yang saya rasa masih perlu banyak pembetulan dan latihan manipulasi, saya teruskan dengan penerokaan konsep purata. Sesi pertama dengan murid saya dedahkan dengan aktiviti kumpulan, yang mana murid bekerja dalam kumpulan. Setiap kumpulan di beri sekumpulan objek, iaitu kiub-kiub yang dihasilkan oleh kelas 5 cemerlang, lego dan bekas cd. Setiap kumpulan diberi bilangan tertentu objek-objek tersebut. Kemudian saya minta mereka supaya menyusun mengikut kreativiti supaya menjadi sama rata. Setelah susunan siap, saya minta mereka melukis dan membuat catatan tentang bilangan barisan, bilangan dalam setiap barisan dan jumlah objek keseluruhan. Setelah siap, setiap kumpulan saya arahkan untuk mencari cara lain menyusun objek-objek tersebut tetapi masih sama rata. Catatan yang sama perlu mereka buat untuk setiap susunan yang baru. Kemudian saya mengembangkan isi pembelajaran kepada satu situasi di mana kelas 5D akan mengadakan jamuan hari raya. Saya tetapkan setiap kumpulan akan membawa atau membeli 5 jenis barang (makanan atau peralatan), menganggarkan kos atau belanja setiap barang yang di bawa dan setiap ahli mesti berkongsi sama rata untuk membayar kos tersebut.
 Gerak kerja tersebut agak berlarutan kerana murid-murid cenderung berbincang dan berseronok tentang apa yang hendak di bawa sehingga objektif mengira sumbangan bayaran setiap ahli mengambil masa. Hanya dua daripada 8 kumpulan tersebut yang berjaya mencapai objektif membuat perancangan, mengira kos dan mengagihkan perbelanjaan. Saya akhirnya mengambil contoh dua kumpulan tersebut dan memperjelaskan konsep yang telah mereka terokai iaitu konsep purata.

Meneroka pemikiran algebra_lanjutan 3 dimensi

Friday, October 1, 2010
Lanjutan daripada situasi yang diberi daripada keratan soalan UPSR 2010, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya. Idea tersebut datang apabila saya terfikir jika satu kubus bersamaan dengan satu, berapa banyak kubus yang diperlukan jika saya mahu membentuk kubus yang lebih besar. Aktiviti bermula dengan pembinaan kubus oleh murid-murid saya. Kemudian murid-membuat model kubus yang lebih besar dengan menambah bilangan kubus kubus tersebut.







Hasil daripada kubus-kubus yang murid hasilkan, mereka kumpulkan di depan. Kemudian seorang murid dipanggil untuk membentuk kubus yang lebih besar daripada satu kubus. Murid mendapati, 7 kubus perlu di tambah kepada satu kubus yang asal, menghasilkan 8 kubus semuanya. Kemudian, seorang murid lagi di panggil datang ke depan untuk mementuk kubus yang lebih besar. Murid mendapati 19 kubus perlu ditambah menghasilkan 27 jumlah kubus semuanya. Kemudian, saya bertanya berapa bilangan kubus yang perlu ditambah supaya menghasilkan kubus yang lebih besar. Hasil daripada soalan tersebut, saya ringkaskan permodelan yang dibuat kedalam bentuk ayat matematik seperti dalam ilustrasi 1. Murid murid diberi peluang datang ke depan meneroka, mengira dan membuat keputusan secara berkumpulan tentang berapa banyak kubus yang perlu di tambah serta jumlah keseluruhan kubus yang diperlukan. Saya dapati, murid-murid membuat gambaran mental bilangan kubus yang akan ditambah serta mengira jumlah keseluruhan kubus-kubus tersebut. Ada kumpulan berjaya memperolehi jumlah yang perlu ditambah dan saya merancang untuk mendedahkan konsep algebra dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

Penyelesaian masalah_isipadu 3 dimensi

Berikut dipaparkan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan aplikasi konsep isipadu. Situasi yang diberi adalah keratan soalan UPSR 2010, soalan no 30.Situasi ini di beri kepada murid murid tahun 5










Murid yang dapat menyelesaikan situasi tersebut menggunakan pelbagai kaedah penyelesaian. Ada yang melukis gambarajah, menyelesai dari belakang dan membuat pengiraan mental. Ada juga murid yang tidak memahami soalan tetapi tahu prosedur untuk mengira isipadu. Lanjutan daripada itu, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya.

Penyelesaian Masalah_Pengukuran

Wednesday, September 29, 2010







Berikut dipaparkan beberapa idea murid tentang penyelesaian satu stuasi harian. Melalui idea-idea yang murid kemukakan ini, jelas mereka dapat memahami situasi dengan menterjemahkannya dalam bentk gambarajah. Kesilapan dan kelemahan murid juga dapat dilihat dengan jelas dan ini memudahkan guru untuk mengambil langkah pemulihan dan pembetulan yang bersesuaian.









aktiviti lepas UPSR_Tangram : Episod 2, keputusan


 Pemenang pertama- geng najmi

 Pemenang kedua-Geng Afif

 ketiga-geng izza izzati

 Keempat-geng nabilah

 kelima-geng naim

 keenam-geng azuwa

 last, but not least geng nabila najihah

aktiviti lepas UPSR_Tangram : Episod 1







Sesi berkenalan dengan tangram....murid murid cuba memadankan kepingan kepingan tangram ke bentuk asal sebelum di potong..sangat berkesan kerana semua murid khusyuk mencari idea menyelesaikan masalah tersebut...kawalan kelas juga mudah... maklumlah, lepas UPSR budak-budak nie asyik nak keluar kelas aje...

Meneroka Geometri

Friday, September 24, 2010






Gambar di atas menunjukkan penerokaan murid tahun 5 tentang tangram. Dapatan awal saya mendapati tiada murid yang pernah di dedahkan dengan tangram. Oleh yang demikian, aktiviti ini adalah lanjutan daripada P&P bentuk 2 dimensi. Dalam aktiviti ini, murid-murid saya bekerja secara berpasangan dan mereka diberi set tangram yang belum dipotong. Tugas murid adalah memotong set tangram itu kepada 7 bahagian yang telah sedia dicetak kemudian gunakan kreativiti murid untuk menggabungkan keratan tersebut untuk membina bentuk lain. Hasil aktiviti terdapat murid yang menindan keratan keratan itu untuk dijadikan satu bentuk lain seperti ikan, jet, kenderaan dan pelbagai lagi. Pada pandangan saya empat bentuk ini adalah hasil yang boleh saya gunakan untuk menerangkan konsep tangram dan murid dapat menerima pembetulan tersebut.

Seterusnya, saya pamerkan kepada mereka laman web i-tangram yang diperolehi ketika kursus mathematical ideas dan saya amat terkejut apabila seorang murid bernama Muiz telah menunjukkan kecekapannya meneroka dan mengisi keratan tangram dengan pantas dan tepat untuk memenuhi bentuk yang ditetapkan, walaupun sebelum ini murid berkenaan agak lemah di dalam matematik pengiraan. Timbul kesedaran pada saya bahawa kepelbagaian corak pengajaran memberikan lebih peluang kepada murid untuk meneroka keupayaan mereka.

Meneroka Konsep Purata

Wednesday, August 25, 2010

Video ini memaparkan rakaman yang dibuat ke atas murid tahun lima berhubung penyelesaian masalah yang melibatkan purata.

Meneroka Konsep Purata_Video courtesy of Fadzli

Video meneroka konsep purata menggunakan bahan manipulatif... terima kasih kepada Fadzli kerana membenarkan saya memuatnaiknya ke dalam blog...moral from the story.. nak buat rakaman gunalah proper video camera..

Week 5 meeting_geometric thinking

Tuesday, July 20, 2010
Fundamentals of geometric thinking


Geometri secara umumnya adalah berkenaan bentuk, 2 dimensi dan 3 dimensi. Namun pengertian lebh mendalam mengenai geometri boleh diertikan sebagai satu garis, permukaan, sudut, ruang, isipadu pepejal dan sebagainya. Melaui bengkel yang dijalankan oleh Prof pada minggu ke 5, perbincangan lebih menjurus kepada pembentukan oemikiran geometri berpandukan konsep 'quilt', atau teselasi (pengulangan corak). It's a very simple idea but it takes a lot of effort and ideas, and thinking method to come up with a perfect design. My partner and i have come to a very simple ideas of combination of two triangls of different shapes,equilateral and isoceles triangle, and the combination has created another shapes which is an octagon. how surprise. So geometry is about thinking of a pattern. and it has its own beauty and power do develop creative thinking.

Algebraic Thinking_meeting week 4

Friday, July 9, 2010
Perbincangan minggu ke 4 kali ini memfokuskan kepada pemikiran algebra. What is algebraic thinking. As for personal understanding, its about x and y, a and b, and so many unknown figures. That's what playing on my personal mind. And that's what have been transferred to me from my teacher previously, and i guess that's what i think about my teacher who recieved that knowledge from her previous teacher. So there it goes, a circle of unknown figures need to be solved, from teacher to student, and back to teacher again, without any urge to find it's meaning. From today's workshop conductec by Prof. Marzita, it really opens up my mind that i have never, never thought of any mathematical terms or knowledge that i experience everyday to be related with algebraic thinking. So it goes that the workshop really triggers my so called 'surface' of algebra understanding. I guess it's the time to look back on what i've should known abaout mahematics and its power to develop thinking, which i must inculcate during my teaching and learning.