Setelah bereksplorasi dengan murid konsep isipadu bagi bentuk 3 Dimensi, yang saya rasa masih perlu banyak pembetulan dan latihan manipulasi, saya teruskan dengan penerokaan konsep purata. Sesi pertama dengan murid saya dedahkan dengan aktiviti kumpulan, yang mana murid bekerja dalam kumpulan. Setiap kumpulan di beri sekumpulan objek, iaitu kiub-kiub yang dihasilkan oleh kelas 5 cemerlang, lego dan bekas cd. Setiap kumpulan diberi bilangan tertentu objek-objek tersebut. Kemudian saya minta mereka supaya menyusun mengikut kreativiti supaya menjadi sama rata. Setelah susunan siap, saya minta mereka melukis dan membuat catatan tentang bilangan barisan, bilangan dalam setiap barisan dan jumlah objek keseluruhan. Setelah siap, setiap kumpulan saya arahkan untuk mencari cara lain menyusun objek-objek tersebut tetapi masih sama rata. Catatan yang sama perlu mereka buat untuk setiap susunan yang baru. Kemudian saya mengembangkan isi pembelajaran kepada satu situasi di mana kelas 5D akan mengadakan jamuan hari raya. Saya tetapkan setiap kumpulan akan membawa atau membeli 5 jenis barang (makanan atau peralatan), menganggarkan kos atau belanja setiap barang yang di bawa dan setiap ahli mesti berkongsi sama rata untuk membayar kos tersebut.
Gerak kerja tersebut agak berlarutan kerana murid-murid cenderung berbincang dan berseronok tentang apa yang hendak di bawa sehingga objektif mengira sumbangan bayaran setiap ahli mengambil masa. Hanya dua daripada 8 kumpulan tersebut yang berjaya mencapai objektif membuat perancangan, mengira kos dan mengagihkan perbelanjaan. Saya akhirnya mengambil contoh dua kumpulan tersebut dan memperjelaskan konsep yang telah mereka terokai iaitu konsep purata.
Meneroka konsep purata_Kelas 5 Dedikasi
Posted by
mohd fathil bahari
at
6:24 AM
Tuesday, October 5, 2010
Meneroka pemikiran algebra_lanjutan 3 dimensi
Posted by
mohd fathil bahari
at
1:21 AM
Friday, October 1, 2010
Lanjutan daripada situasi yang diberi daripada keratan soalan UPSR 2010, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya. Idea tersebut datang apabila saya terfikir jika satu kubus bersamaan dengan satu, berapa banyak kubus yang diperlukan jika saya mahu membentuk kubus yang lebih besar. Aktiviti bermula dengan pembinaan kubus oleh murid-murid saya. Kemudian murid-membuat model kubus yang lebih besar dengan menambah bilangan kubus kubus tersebut.
Hasil daripada kubus-kubus yang murid hasilkan, mereka kumpulkan di depan. Kemudian seorang murid dipanggil untuk membentuk kubus yang lebih besar daripada satu kubus. Murid mendapati, 7 kubus perlu di tambah kepada satu kubus yang asal, menghasilkan 8 kubus semuanya. Kemudian, seorang murid lagi di panggil datang ke depan untuk mementuk kubus yang lebih besar. Murid mendapati 19 kubus perlu ditambah menghasilkan 27 jumlah kubus semuanya. Kemudian, saya bertanya berapa bilangan kubus yang perlu ditambah supaya menghasilkan kubus yang lebih besar. Hasil daripada soalan tersebut, saya ringkaskan permodelan yang dibuat kedalam bentuk ayat matematik seperti dalam ilustrasi 1. Murid murid diberi peluang datang ke depan meneroka, mengira dan membuat keputusan secara berkumpulan tentang berapa banyak kubus yang perlu di tambah serta jumlah keseluruhan kubus yang diperlukan. Saya dapati, murid-murid membuat gambaran mental bilangan kubus yang akan ditambah serta mengira jumlah keseluruhan kubus-kubus tersebut. Ada kumpulan berjaya memperolehi jumlah yang perlu ditambah dan saya merancang untuk mendedahkan konsep algebra dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.
Hasil daripada kubus-kubus yang murid hasilkan, mereka kumpulkan di depan. Kemudian seorang murid dipanggil untuk membentuk kubus yang lebih besar daripada satu kubus. Murid mendapati, 7 kubus perlu di tambah kepada satu kubus yang asal, menghasilkan 8 kubus semuanya. Kemudian, seorang murid lagi di panggil datang ke depan untuk mementuk kubus yang lebih besar. Murid mendapati 19 kubus perlu ditambah menghasilkan 27 jumlah kubus semuanya. Kemudian, saya bertanya berapa bilangan kubus yang perlu ditambah supaya menghasilkan kubus yang lebih besar. Hasil daripada soalan tersebut, saya ringkaskan permodelan yang dibuat kedalam bentuk ayat matematik seperti dalam ilustrasi 1. Murid murid diberi peluang datang ke depan meneroka, mengira dan membuat keputusan secara berkumpulan tentang berapa banyak kubus yang perlu di tambah serta jumlah keseluruhan kubus yang diperlukan. Saya dapati, murid-murid membuat gambaran mental bilangan kubus yang akan ditambah serta mengira jumlah keseluruhan kubus-kubus tersebut. Ada kumpulan berjaya memperolehi jumlah yang perlu ditambah dan saya merancang untuk mendedahkan konsep algebra dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.
Penyelesaian masalah_isipadu 3 dimensi
Posted by
mohd fathil bahari
at
12:50 AM
Berikut dipaparkan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan aplikasi konsep isipadu. Situasi yang diberi adalah keratan soalan UPSR 2010, soalan no 30.Situasi ini di beri kepada murid murid tahun 5
Murid yang dapat menyelesaikan situasi tersebut menggunakan pelbagai kaedah penyelesaian. Ada yang melukis gambarajah, menyelesai dari belakang dan membuat pengiraan mental. Ada juga murid yang tidak memahami soalan tetapi tahu prosedur untuk mengira isipadu. Lanjutan daripada itu, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya.
Murid yang dapat menyelesaikan situasi tersebut menggunakan pelbagai kaedah penyelesaian. Ada yang melukis gambarajah, menyelesai dari belakang dan membuat pengiraan mental. Ada juga murid yang tidak memahami soalan tetapi tahu prosedur untuk mengira isipadu. Lanjutan daripada itu, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya.
Penyelesaian Masalah_Pengukuran
Posted by
mohd fathil bahari
at
7:43 AM
Wednesday, September 29, 2010
Berikut dipaparkan beberapa idea murid tentang penyelesaian satu stuasi harian. Melalui idea-idea yang murid kemukakan ini, jelas mereka dapat memahami situasi dengan menterjemahkannya dalam bentk gambarajah. Kesilapan dan kelemahan murid juga dapat dilihat dengan jelas dan ini memudahkan guru untuk mengambil langkah pemulihan dan pembetulan yang bersesuaian.
aktiviti lepas UPSR_Tangram : Episod 2, keputusan
Posted by
mohd fathil bahari
at
6:53 AM
Pemenang pertama- geng najmi
Pemenang kedua-Geng Afif
ketiga-geng izza izzati
Keempat-geng nabilah
kelima-geng naim
keenam-geng azuwa
last, but not least geng nabila najihah
aktiviti lepas UPSR_Tangram : Episod 1
Posted by
mohd fathil bahari
at
5:48 AM
Sesi berkenalan dengan tangram....murid murid cuba memadankan kepingan kepingan tangram ke bentuk asal sebelum di potong..sangat berkesan kerana semua murid khusyuk mencari idea menyelesaikan masalah tersebut...kawalan kelas juga mudah... maklumlah, lepas UPSR budak-budak nie asyik nak keluar kelas aje...
Meneroka Geometri
Posted by
mohd fathil bahari
at
5:13 AM
Friday, September 24, 2010
Gambar di atas menunjukkan penerokaan murid tahun 5 tentang tangram. Dapatan awal saya mendapati tiada murid yang pernah di dedahkan dengan tangram. Oleh yang demikian, aktiviti ini adalah lanjutan daripada P&P bentuk 2 dimensi. Dalam aktiviti ini, murid-murid saya bekerja secara berpasangan dan mereka diberi set tangram yang belum dipotong. Tugas murid adalah memotong set tangram itu kepada 7 bahagian yang telah sedia dicetak kemudian gunakan kreativiti murid untuk menggabungkan keratan tersebut untuk membina bentuk lain. Hasil aktiviti terdapat murid yang menindan keratan keratan itu untuk dijadikan satu bentuk lain seperti ikan, jet, kenderaan dan pelbagai lagi. Pada pandangan saya empat bentuk ini adalah hasil yang boleh saya gunakan untuk menerangkan konsep tangram dan murid dapat menerima pembetulan tersebut.
Seterusnya, saya pamerkan kepada mereka laman web i-tangram yang diperolehi ketika kursus mathematical ideas dan saya amat terkejut apabila seorang murid bernama Muiz telah menunjukkan kecekapannya meneroka dan mengisi keratan tangram dengan pantas dan tepat untuk memenuhi bentuk yang ditetapkan, walaupun sebelum ini murid berkenaan agak lemah di dalam matematik pengiraan. Timbul kesedaran pada saya bahawa kepelbagaian corak pengajaran memberikan lebih peluang kepada murid untuk meneroka keupayaan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Poll
Total Pageviews
Categories
- Articles (LO1) (1)
Popular Posts
-
Refleksi Kelas: 5D Topik: Peratus. Perbincangan hari ini melihat hubungan di antara pemahaman murid terhadap konsep peratus dengan pengetahu...
-
https://docs.google.com/fileview?id=0B96BaPIOHfBTYTBmMWI4NDQtZjJhMy00ZGQ3LTk4MDUtMmViMDY1MDBkZTNj&hl=en
-
Minggu hadapan, bermula 26 sehingga 28 Oktober, murid-murid saya akan menduduki PKSR 2. So minggu ini dan minggu sebelum ini kiranya saya b...
-
Berikut dipaparkan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan aplikasi konsep isipadu. Situasi yang diberi adalah keratan soalan UPSR 2010, ...
-
Lanjutan daripada situasi yang diberi daripada keratan soalan UPSR 2010, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya. Id...
-
Video meneroka konsep purata menggunakan bahan manipulatif... terima kasih kepada Fadzli kerana membenarkan saya memuatnaiknya ke dalam blog...
-
Gambar di atas menunjukkan penerokaan murid tahun 5 tentang tangram. Dapatan awal saya mendapati tiada murid yang pernah di dedahkan d...
-
Setelah bereksplorasi dengan murid konsep isipadu bagi bentuk 3 Dimensi, yang saya rasa masih perlu banyak pembetulan dan latihan manipulasi...
-
Perbincangan minggu ke 4 kali ini memfokuskan kepada pemikiran algebra. What is algebraic thinking. As for personal understanding, its about...
Blog Archive
Followers
About Me
- mohd fathil bahari
- I'am a full time Mathematics teacher in a rural primary school and part time student pursuing Master of Education (Primary Mathematics). My mission in mathematics educaton is to give my pupils full oportunity for them to learn what mathematics are all about, above and beyond of what has been portrayed as numbers, figures and formulaes. I want to dedicate myself to create a very fun and enjoyable mathematics learning together giving them full support to discover my pupils' talents and intelligence in mathematics, purposely and in their daily life, generally.
Labels
- Articles (LO1) (1)



