Meneroka pemikiran algebra_lanjutan 3 dimensi

Friday, October 1, 2010
Lanjutan daripada situasi yang diberi daripada keratan soalan UPSR 2010, saya terfikir untuk meneroka pemikiran algebra murid-murid saya. Idea tersebut datang apabila saya terfikir jika satu kubus bersamaan dengan satu, berapa banyak kubus yang diperlukan jika saya mahu membentuk kubus yang lebih besar. Aktiviti bermula dengan pembinaan kubus oleh murid-murid saya. Kemudian murid-membuat model kubus yang lebih besar dengan menambah bilangan kubus kubus tersebut.







Hasil daripada kubus-kubus yang murid hasilkan, mereka kumpulkan di depan. Kemudian seorang murid dipanggil untuk membentuk kubus yang lebih besar daripada satu kubus. Murid mendapati, 7 kubus perlu di tambah kepada satu kubus yang asal, menghasilkan 8 kubus semuanya. Kemudian, seorang murid lagi di panggil datang ke depan untuk mementuk kubus yang lebih besar. Murid mendapati 19 kubus perlu ditambah menghasilkan 27 jumlah kubus semuanya. Kemudian, saya bertanya berapa bilangan kubus yang perlu ditambah supaya menghasilkan kubus yang lebih besar. Hasil daripada soalan tersebut, saya ringkaskan permodelan yang dibuat kedalam bentuk ayat matematik seperti dalam ilustrasi 1. Murid murid diberi peluang datang ke depan meneroka, mengira dan membuat keputusan secara berkumpulan tentang berapa banyak kubus yang perlu di tambah serta jumlah keseluruhan kubus yang diperlukan. Saya dapati, murid-murid membuat gambaran mental bilangan kubus yang akan ditambah serta mengira jumlah keseluruhan kubus-kubus tersebut. Ada kumpulan berjaya memperolehi jumlah yang perlu ditambah dan saya merancang untuk mendedahkan konsep algebra dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

0 comments:

Post a Comment