Meneroka Geometri

Friday, September 24, 2010






Gambar di atas menunjukkan penerokaan murid tahun 5 tentang tangram. Dapatan awal saya mendapati tiada murid yang pernah di dedahkan dengan tangram. Oleh yang demikian, aktiviti ini adalah lanjutan daripada P&P bentuk 2 dimensi. Dalam aktiviti ini, murid-murid saya bekerja secara berpasangan dan mereka diberi set tangram yang belum dipotong. Tugas murid adalah memotong set tangram itu kepada 7 bahagian yang telah sedia dicetak kemudian gunakan kreativiti murid untuk menggabungkan keratan tersebut untuk membina bentuk lain. Hasil aktiviti terdapat murid yang menindan keratan keratan itu untuk dijadikan satu bentuk lain seperti ikan, jet, kenderaan dan pelbagai lagi. Pada pandangan saya empat bentuk ini adalah hasil yang boleh saya gunakan untuk menerangkan konsep tangram dan murid dapat menerima pembetulan tersebut.

Seterusnya, saya pamerkan kepada mereka laman web i-tangram yang diperolehi ketika kursus mathematical ideas dan saya amat terkejut apabila seorang murid bernama Muiz telah menunjukkan kecekapannya meneroka dan mengisi keratan tangram dengan pantas dan tepat untuk memenuhi bentuk yang ditetapkan, walaupun sebelum ini murid berkenaan agak lemah di dalam matematik pengiraan. Timbul kesedaran pada saya bahawa kepelbagaian corak pengajaran memberikan lebih peluang kepada murid untuk meneroka keupayaan mereka.

0 comments:

Post a Comment