Refleksi_5D Peratus

Wednesday, October 20, 2010
Refleksi
Kelas: 5D
Topik: Peratus.
Perbincangan hari ini melihat hubungan di antara pemahaman murid terhadap konsep peratus dengan pengetahuan mereka untuk menukar peratus kepada bentuk pecahan dan juga perpuluhan. Apa yang saya dapati hanya sebahagian kecil ...... bukan sebahagian kecil, tetapi sangat kecil, sahaja murid dapat melihat peratus dalam bentuk pecahan dan begitulah sebaliknya.






6 orang murid telah dipanggil untuk mempersembahkan penyelesaian mereka. Apa yang menarik tentang penyelesaian mereka adalah berkenaan cara 3 murid menyelesaikan masalah di atas. Aidil mengambil langkah cuba jaya dengan nombor 7. Dia mendarabkan 7 dengan 1000 kemudian membahagi dengan 25. 2 murid lain turut menggunakan cara yang sama. Persoalannya, mengapa darab 1000? Dan kenapa bahagi 25?  Apabila ditanya mengapa dia darabkan 7 dengan 1000,  ia hanya berbentuk cubaan. 7 juga dipiih atas dasar cuba jaya. Bahagi 25 adalah kerana 25 berada di bawah, maka ia berbentuk bahagi. Jadi murid melihat sebagai 7 darab 1000 bahagi 25. Dua murid perempuan tidak dapat memberikan justifikasi mengapa mereka darab dengan 1000. Saya membuat andaian bahawa 1000 tersebut timbul hasil dari ulangkaji sebelum ini yang melibatkan penukaran unit jisim, panjang dan isipadu cecair yang melibatkan darab 1000. Tetapi andaian yang saya buat tidak seperti yang difikirkan oleh Aidil. Saya ada menegaskan sebelum ini, jika hendak menyelesaikan satu nombor yang tidak dketahui, murid boleh menggunakan kaedah cuba jaya. Hasil daripada  proses bahagi tersebut, Aidil mendapat nilai 280, lantas membuat kesimpulan bahawa jawapan yang sesuai adalah 7. Irsyad pula mengambil nilai 7 dan di darab dengan dengan 4. Apabila ditanya mengapa dia mengggunakan nilai 4 menurutnya, 7 darab 4 menghasilkan 28, dan oleh kerana soalan ini melibatkan pecahan, maka nilai 25 juga akan didarab dengan 4, menghasilkan 100.  Apabila di tanya apa kaitan 25 dengan 100, dia menjelaskan bahawa 28% adalah sama nilai dengan 28 per 100, iaitu nilai peratus dalam bentuk pecahan. Kemudian saya lanjutkan dengan persoalan, apa yang kamu semua faham tentang peratus. Seorang murid menjawab peratus adalah diskaun, iaitu pengurangan terhadap harga. Saya mengiyakan jawapan itu kerana ia betul. Namun kesimpulan yang saya buat adalah murid tidak nampak hubungan di antara peratus dengan pecahan. Saya jelaskan bahawa peratus adalah sesuatu nilai per seratus. Contoh 28% adalah sama dengan 28/100. Oleh itu murid mesti melihat peratus sebagai satu nilai pecahan, supaya dapat melihat dengan lebih jelas hubungan antara ? per 25 dengan 28 per 100. Kemudian lihat pada nilai yang tidak diketahui dan cuba padankan supaya menjadi 28. Ini mungkin berkesan bagi murid yang menghafal sifir 7. Bagi yang tidak menghafal sifir 7, murid masih boleh membuat pendaraban berulang 25, dan akan menghasilkan 100 apabila di darab 4. Kemudian padankan 4 dengan 7, akan menghasilkan 28. Secara kebetulan pula pilihan jawapan A menghasilkan 28.
Cadangan-buat banyak diagram antara pecahan dengan peratus dan letak di kelas.   

0 comments:

Post a Comment